SELAMAT DATANG KE LAMAN KAMI

Semoga anda mendapat informasi barkaitan
program dan berita semasa Kelab kami
 

  Password reminder

Pendaftaran Kelab

Baca lagi..

Senarai Ahli Kelab

Baca lagi..

 

TAYAR

Sebelom nih.... ader 3rd duk tanya tang jenis tayar dan kesesuaian tayar tuh....
Secara asasnyer.... tayar kenderaan dibahagi kepada 3 kategori utama...

1. HT ( Highway Terrain )
- Tayar jenis nih kalau nak dikira... 100% utk jalan raya, xkira la.. jalan bandor ker.. jalan negeri ker... jalan persekutuan ker.... kecuali jalan kat litar F1 Sepang. Direka bentuk utk melekap kat atas jalan waktu kering dan mengalirkan air keluar dr permukaan jalan waktu hujan.
Keberkesanan dari bentuk bunga tayar dan meterial yg digunakan.
Untuk kegunaan off-road, tayar nih kurang ckit la dari segi keupayaan. Kurang bukan dari segi kualiti... cumer dari bentuk bunga tayar tuh....
Kalu takat nak guna masa masuk jalan denai... no hal nyer... cumer kalu jalan lumpur lebih jer, susah ckit..
Tayar jenis nih datang dlm pelbagai saiz... dari kecik tayo kancil... sampai ler besor utk rim 18"

2. AT ( All Terrain )
-Tayar jenis nih, diklasifikasi utk dua kegunaan. Utk atas jalan raya dan jalan off-road. Slalunyer komposisi dier pada 70% jalanraya 30%off-road. Slalu digunakan utk utk org yg keje kat tapak pembinaan. Kenapa?? Sebab kebanyakkan masa, kenderaan duk main kat atas jalan raya jer.... hanya biler masuk site waktu ujan jer baru nak kena off-road.
Tayar jenis nih, dtg dlm pelbagai saiz gak tp besor... maksud besor tuh... tinggi ngan lebor dier... so, kena tgk gak ngan rim..... dan 'clearence' KEMBARA korang.... taku xmuat lak...

3. MT ( Mud Terrain )
- Tayar jenis nih... mmg digunakan sepenuhnyer utk off-road. Slalu pada 2 komposisi... @70% off-road 30% jalanraya... @100% off-road. Perbezaan dgn tayor lain ialah dari segi bunga tayar tuh, selain saiz dan lebor.
Tayar jenis nih, mempunyai bunga tayor besor, yg sebutir sebutir... cam spike. hahaha..... NAk bezakan AT ngan MT... hehehe... MT bunga tayar sampai kat tepi birai tayar... Ok... tayar jenis nih kalu korang pakai nak masuk utan... mmg mantap... superb...
Keknyer... kalu korang pakai tayar MT nih, memula skali... KEMBARA korang akan jd tinggi ckit...
Dan sekiranya korang g bawak atas jalan raya... korang akan dapat satu sistem amaran awal... hehehe... sebatu lg dah dengor bunyi tayar tuh..... dan bunga dier capat abis... hahaha...
Tayar jenis MT tidak direka bentuk utk kegunaan atas jalan raya langsung..... oleh itu... kalu ari ujan ler... kat atas jalan... mmg boleh tergelincir la.... kut dlm utan.. melekat.
 




Baca lagi




Baca lagi..

 
   Chat Room

Penafian: Segala maklumat dan informasi bukan semestinya fakta tepat. Sebarang kemusykilan hendaklah di emelkan kepada Admin.